Asas Penghasilan Poster

20 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 19 January 2020, Pusat Internet PPR Batu Gong telah melaksanakan kelas Asas Pembuatan Poster bersama belia di kawasan PPR Batu Gong. Objektif utama kelas adalah untuk berkongsi kemahiran asas penghasilan poster untuk tujuan pengiklanan. Seramai, lapan (8) orang peserta telah berjaya mengikuti kelas pada kali ini. Penyelia menyediakan sebuah gambar yang perlu dihasilkan menggunakan Ms. Power Point oleh peserta. Dalam masa sama, peserta didedahkan dengan cara yang paling cepat dan ringkas untuk menghasilkan poster seperti yang digambarkan sebelumnya dengan menggunakan beberapa fungsi shape, word art, symbol dan penggunaan gambar dari carian google untuk melengkapkan poster tersebut. Untuk sesi perkongsian pula, peserta diselia untuk menghilangkan gambar latar sesuatu gambar dengan fungsi marking area to keep di format gambar untuk menghilangkan gambar latar dengan memfokuskan objek sahaja.

Berikut merupakan kebaikan mengikuti kelas:
1. Peserta didedahkan dengan penggunaan Ms. Power Point untuk menghasilkan poster yang menarik sesuai dengan gambaran yang disediakan oleh penyelia
2. Peserta dapat mengoperasikan penggunaan fungsi shape, word art dan symbol dengan sempurna
3. Peserta mendapat pengetahuan baru berkaitan cara yang betul untuk membuang gambar latar sesuatu objek
4. Mengetahui tentang kemahiran untuk menukar hasil kerja yang dibuat menggunakan Ms. Power Point ke dalam bentuk gambar untuk tujuan pengiklanan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali